Tuesday 29 November 2011

ULTIMATE! cakera terbang

ULTIMATE menggabungkan ciri-ciri terbaik gerakan tanpa henti dan ketahanan kecergasan sukan seperti ragbi, bola sepak, bola keranjang, bola sepak Amerika dan bola jaring ke dalam permainan ini namun menarik dan mencabar. Walaupun menggabungkan banyak jenis sukan, tetapi kesederhanaan peraturan-peraturan membuatkan ia mudah dan menyeronokkan untuk pendatang baru untuk bermain.
Ultimate dimainkan di lebih daripada 42 buah negara dengan beratus-ratus ribu lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak perempuan dan lelaki. Sukan ini telah berkembang di Malaysia terutamanya di Semenanjung.

Permainan Ultimate yang dimainkan oleh dua pasukan tujuh pemain dengan satu cakera yang berteknologi tinggi plastik di padang yang lebih kurang sama dengan bola sepak Amerika. Objektif permainan adalah untuk mendapat dan menangkap hantaran/pas dalam zon akhir lawan. 
Pemain perlu berhenti berlari semasa memegang atau memiliki cakera, tetapi dibenarkan untuk melakukan pivot dan hantaran/pas kepada mana-mana rakan sepasukan/penerima yang lain di dalam padang. Ultimate adalah permainan peralihan di mana pemain bergerak dengan pantas dari menyerang kepada bertahan pada setiap turnovers yang berlaku seperti hantaran/pas yang gagal, interception, hantaran/pas jatuh di luar padang, atau apabila seorang pemain memegang cakera lebih daripada sepuluh saat.

Yang paling menyeronokkan sukan Ultimate ini ialah tiada pengadil. Semua keputusan adalah terletak pada Spirit of the Game(SOTG) setiap pemain,iaitu tradisi kesukanan yang meletakkan tanggungjawab untuk bermain secara saksama,adil dan semangat kesukanan yang tinggi pada pemain dan bukannya pengadil.
Follow our team on facebook here!









No comments:

Post a Comment